Thursday, 31 January 2013

Hidupku Segalanya Untuk Allah



Sesuatu perkara jika dilakukan secara berlebihan, buruk padahnya. Makan secara berlebihan obesiti hasilnya. Begitu juga dengan makanan rohani jika bercampur dengan dendangan muzik yang melalaikan, rosak ibadahnya terganggu juga emosi dan akal kita. Kadang kala kita memerlukan seni muzik dalam kehidupan kita untuk menghilangkan stress tapi tidak keterlaluan hingga tergadai segala urusan kehidupan. Maka, berwaspadalah dalam setiap tingkahlaku dan berjaya memilih gaya hidup yang sihat dan berkualiti. Paling penting, utamakan niat kita hanya kerana Yang Esa.


Selamat Menghayati Bait-bait Lagu Arab Ini..
Kerana Apa Kita Hidup? 
Untuk Apa Kita Hidup?
Mengapa Kita Perlu Terus Hidup?



حياتى كلها لله .. فلا مولى لنا الاه 
Hidupku segalanya untuk Allah
Tiada penguasa lain melainkan-Nya

احب الله جل علاه .. ومن حبى له اخشاه 

Aku mencintai Allah yang Maha Agung
Dari cintaku padanya aku gerun kepadanya

**********************************

اصون النفس احميها .. بنور الله اهديها 

Aku memelihara jiwa dan melindunginya
Dengan cahaya Allah aku mengikut petunjuk-Nya

بحب الله اسقيها .. لتفرح عندما تلقاه 

Dengan cinta Allah aku siraminya
Untuk kau gembira ketika kau bertemu dengan-Nya

حياتى كلها لله .. حياتى كلها لله 

**********************************

اذا ما الحب لم يسبى .. فؤاد المؤمن الصب

Sesungguhnya cinta tidak akan hilang dengan hati mukmin yang merindui­

فوا اسفاه على القلب .. لان الزيف قد غشاه 

Alangkah kecewanya hati kerana kepalsuan telah meliputinya

حياتى كلها لله .. حياتى كلها لله 

**********************************

يقيني بين جنبيا .. واسعى بالهدى سعيا

Dia memeliharaku antara 2 sisi, aku berusaha dengan hidayah dengan sesungguhnya 

كفانى اننى احيا .. وامضى فى سبيل الله 

Cukuplah bagiku hidup dan berterusan di jalan Allah

حياتى كلها لله .. حياتى كلها لله 

***********************************

اذا جادت ليا الدنيا ... واسقتنى المنى ريا 

Dunia memuliakanku dan menganugerahkanku

ستبقى بين كفيا .. ويبقى خافقى لله 

Dan akan kekal seruanku untukmu
Juga kekal hatiku membuahkan cinta untuk Allah

حياتى كلها لله .. حياتى كلها لله

*****************************



4 comments:

  1. Betul tu.. Segala2nya kita msti niat krn Allah.. In sya Allah akan dpt rahmatNya..

    ReplyDelete
  2. salam..sye kurg ape mksod makanan rohani jika dimakan dengan banyak, rosak ibadahnya terganggu juga emosi dan akal..?bg ape yg sy phm mksod "makanan rohani" disini ilmu or prkare2 yg baik tok mmpertingkatkan kualiti ibadah kite,,ke ad mksod yg tersndiri yg mngkin sy kurg phm..mngkin tersirat ..=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam, first of all, thankx for da komen untuk memperbaiki ayat sy, saya nak maksudkan.. kalau muzik yang lalai masuk dalam makanan rohani secara berlebihan, nanti rosak emosi dan akal..ayat tu tak habis fikir, dah terbentuk ayat yang tidak difahami. :)

      Delete

Peminat Laman Ini