.

Tuesday 25 December 2012

Kerja vs Tanggungjawab!

بسم الله الرحمان الرحيم
Pengalaman seringkali mengajar erti kematangan seseorang. Paling tidak, memberi impak positif kepada kedewasaan individu tersebut. 
Mendidik, mengasuh, mengajar mempunyai erti yang pelbagai tapi matlamatnya adalah satu. Namun, pendekatan paling baik adalah dengan pendidikan untuk melahirkan insan yang berakhlak mulia, bededikasi dan berketerampilan.

Pengalaman mengajar saya di usia yang agak muda membuat saya lebih teruja dan tercabar untuk terus bertatih di jalan ini. Anak didik saya yang paling tua adalah muda kurang lebih setahun dari saya. Sahabat seperjuangan saya masih lagi di bidang pengajian masing-masing tapi saya sudah mulai bekerja dan berlatih untuk hidup berdikari. Tidak mesti tidak, lambat atau cepat, inilah arus kehidupan setiap manusia.

Mengajar orang yang hendak belajar dan mengajar orang yang dihantar ke sekolah kerana kewajiban belajar adalah tidak sama. Berkehendakkan ilmu dan dipaksa untuk menimba ilmu amat berbeza tahapnya. Sebagai seorang pendidik yang berhemah, seharusnya memikirkan bagaimana untuk menarik minat mereka dalam sesebuah subjek yang diajarkan di sekolah mahupun tempat belajar. Kreatif dan berinovasi adalah sifirnya. 


Anak-anak didik ataupun lebih mudah didefinisikan sebagai pelajar, mereka lebih suka didekati oleh guru mereka. Hal ini kerana, mereka lebih suka diri mereka difahami. Ibaratnya, disentuh hati mereka dengan ukhuwah maka didikan di situ amat mudah untuk berkomunikasi. Soal tanggungjawab adalah yang utama dalam sesebuah organisasi pekerjaan, apalagi jika dalam sebuah pendidikan. Kesemua hal diri seorang pendidik, adalah kerana anak didik. Oleh itu, niat di awal pekerjaan adalah kerana Allah Taala, barulah hidup sentiasa diberkati dan diredhai. Insya-Allah.


Di Pantai Sepat

Pengalaman pertama bersama pelajar KIBA sebelum mereka 
terbang ke Egypt

KIBA ( Disember 2012)
Menemani mereka membuat Assignment Hiwar

Read more...

Monday 24 December 2012

!معا نعيد مجد اللغة العربية


بسم الله الرحمان الرحيم
Kadang-kadang sesuatu kebaikan perlu dipaksa untuk memberi lebih manfaat kepada diri atau masyarakat sekeliling. Kemahiran dan keberanian perlu diasah untuk melahirkan individu yang kreatif dan berjaya dalam perjuangan hidup setiap penuntut ilmu. 

Selama 3 hari 2 malam pelajar-pelajar KIBA menyertai Perkhemahan Bahasa Arab di Pantai Sepat Kuantan. Program ini di bawah kelolaan Ustaz Fared Din, Pensyarah IKIP Kuantan bersama isterinya Ustazah Ramiza, Ustaz Azhar, dan Ustaz Kamal Agrebi Tunisi.

Pelbagai program dijalankan bermula sesi pengenalan para fasilitator. Setiap slot yang dijalankan semestinya ada perkaitan dengan suasana arab, budaya arab, pertuturan arab, kehidupan di bumi arab dan sebagainya. 

Di dalam permainan-permainan itu mereka tidak dibenarkan menggunakan bahasa selain berbahasa arab. Jika terdapat beberapa kesalahan yang tidak dibenarkan, maka mereka bakal didenda dengan pelbagai cabaran. 
Setiap petang dan pagi mereka mengadakan riadah. Hal ini juga wajib bagi mereka untuk bertutur di dalam Bahasa Jannah itu. Alhamdulillah. 

Mereka dipaksa memakan buah zaitun dan juga bawang besar untuk sesiapa yang gagal dalam aktiviti-aktiviti tersebut.  ( Sedap ke tak ek?)










Nyum Nyum!

"Antum Mustai'ddun?"

"Mukhayyam Arabiy Best! "


Ustaz Fared dan Ustaz Kamal Agrebi.


Menunggu giliran persembahan malam kebudayaan.


Lakonan kumpulan muslimat
 Persembahan Syair Arab


Juri yang adil lagi bijaksana

Lakonan kumpulan muslimin

Penonton dan peserta

 Khusyuk menonton


Makanan Arab : Tokmiyyah, Bazinjan+ Zaitun dan sebagainya.


Majlis Penutupan 


Majlis bersurai kira-kira jam 2 petang, Sabtu 22 Disember 2012.


Sedikit rakaman memori mereka. Selamat Menonton.


Read more...

Wednesday 28 November 2012

" Mudah ke Senang?"

بسم الله الرحمان الرحيم


Setiap orang pasti mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri. Kita seharusnya jadikan kelebihan kita itu sebagai bantuan bagi mereka yang memerlukan kita. Sifat ini dapat memupuk semangat saling membantu antara satu sama lain. 

Bahasa Arab bukanlah satu bahasa yang susah bagi sesiapa yang memikirkannya sebagai satu pelajaran yang mudah. Bagi sesiapa yang memikirkan ia mudah pula, adalah bonus baginya untuk mencapai kejayaan menguasai Bahasa Al-Quran itu. 

Walaubagaimanapun, kita perlu belajar dengan bersemangat untuk menjejaki tingkat teratas dalam menuturkan Bahasa Arab dengan cemerlang. Insya-Allah. Pasti Gemilang.





Selamat menonton! Belajar Bahasa Arab daripada rancangan kartun juga boleh.





Read more...

Tuesday 27 November 2012

Seuntai Kata Pembuka Bicara

بسم الله الرحمان الرحيم

Assalamualaikum wbt. Semoga sahabat pengunjung semua dirahmati Allah sentiasa hendaknya. Selawat dan salam buat junjungan besar kita, Sayyiduna Muhammad SAW. صلى الله وسلم عليه.

Selamat datang diucapkan kepada saudara-saudari pengunjung budiman ke laman ini. Laman ini bertujuan memberi sedikit pendedahan berkenaan sesi Pengajaran dan Pembelajaran saya di sekolah. Semoga laman ini memberi manfaat kepada semua sahabat yang sudi bertandang ke sini. Jika ada beberapa kesalahan atau komentar berkenaan laman ini, saudara dialu-alukan untuk memberi kata-kata hikmah itu di ruang yang tertera. Ucapan terima kasih juga buat pensyarah kami, Puan Nadia Akma binti Ahmad Zaki kerana membantu kami dalam menghasilkan laman kerjaya ini. Sekian, Selamat Maju Jaya!


"Sesungguhnya Orang-orang Mukmin Itu Bersaudara"
Read more...

Peminat Laman Ini