.

Tuesday 25 December 2012

Kerja vs Tanggungjawab!

بسم الله الرحمان الرحيم
Pengalaman seringkali mengajar erti kematangan seseorang. Paling tidak, memberi impak positif kepada kedewasaan individu tersebut. 
Mendidik, mengasuh, mengajar mempunyai erti yang pelbagai tapi matlamatnya adalah satu. Namun, pendekatan paling baik adalah dengan pendidikan untuk melahirkan insan yang berakhlak mulia, bededikasi dan berketerampilan.

Pengalaman mengajar saya di usia yang agak muda membuat saya lebih teruja dan tercabar untuk terus bertatih di jalan ini. Anak didik saya yang paling tua adalah muda kurang lebih setahun dari saya. Sahabat seperjuangan saya masih lagi di bidang pengajian masing-masing tapi saya sudah mulai bekerja dan berlatih untuk hidup berdikari. Tidak mesti tidak, lambat atau cepat, inilah arus kehidupan setiap manusia.

Mengajar orang yang hendak belajar dan mengajar orang yang dihantar ke sekolah kerana kewajiban belajar adalah tidak sama. Berkehendakkan ilmu dan dipaksa untuk menimba ilmu amat berbeza tahapnya. Sebagai seorang pendidik yang berhemah, seharusnya memikirkan bagaimana untuk menarik minat mereka dalam sesebuah subjek yang diajarkan di sekolah mahupun tempat belajar. Kreatif dan berinovasi adalah sifirnya. 


Anak-anak didik ataupun lebih mudah didefinisikan sebagai pelajar, mereka lebih suka didekati oleh guru mereka. Hal ini kerana, mereka lebih suka diri mereka difahami. Ibaratnya, disentuh hati mereka dengan ukhuwah maka didikan di situ amat mudah untuk berkomunikasi. Soal tanggungjawab adalah yang utama dalam sesebuah organisasi pekerjaan, apalagi jika dalam sebuah pendidikan. Kesemua hal diri seorang pendidik, adalah kerana anak didik. Oleh itu, niat di awal pekerjaan adalah kerana Allah Taala, barulah hidup sentiasa diberkati dan diredhai. Insya-Allah.


Di Pantai Sepat

Pengalaman pertama bersama pelajar KIBA sebelum mereka 
terbang ke Egypt

KIBA ( Disember 2012)
Menemani mereka membuat Assignment Hiwar


No comments:

Post a Comment

Peminat Laman Ini