Tuesday, 12 February 2013

MASISUPA ZON 2 kali ke-29

بسم الله الرحمان الرحيم

Sebelum berangkat ke S.M.A Pulau Tawar, sebagai Tuan Rumah  MASISUPA ZON 2 kali ke-29.

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah Taala kerana dengan kurnia-Nya sukan-sukan antara sekolah agama di Pahang khususnya sekolah-sekolah di Zon 2 telah berjaya menutup tirainya pada 27 Januari 2013 yang lalu. Walaupun kali ini Ma'ahad SAS banyak kekurangan dalam mengutip pingat emas, tapi peserta tetap bersemangat hingga ke garisan penamat. Kemungkinan besar akibat kurangnya latihan dan masa untuk mereka berlatih menjadi kucar-kucir dalam persembahannya. Tapi, kekalahan itu tidak mendatangkan apa-apa impak negatif asalkan ukhuwah antara pelajar dan sahabat mereka kian terjalin. Alhamdulillah, segalanya juga turut berjalan lancar.


Ustaz Zaliki memantau bas peserta perempuan.

Sakinah setenang orangnya, sangat tenang dalam pertandingan Syarahan B.Arab.
Tahniah, kerana anda berusaha keras.

Senyum...!! 
Peserta bola jaring  Ma'ahad SAS.

Wakil debat Bahasa Arab S.M.A Al Ehsan.
Tabarakallah Alaikum!

Hakim yang arif bersedia meneliti hujah dan persembahan peserta debat B.Arab. 
Mereka mewakili 4 buah sekolah. Ust. Aimi ( S.M.A Maran), Ust. Jawawi ( S.M.A Pulau Tawar),
 Ust. Yusra ( Ma'ahad SAS), Ust. Wan Saadah ( S.M.A Al Ehsan)

Hafal-hafal, fokus-fokus.
Wakil debat B.Arab Ma'ahad SAS.

'Peace'

                            Haris, cuba lagi tahun depan ya!         Bersedia dengan kuiz B.Arab

Ada yang kalah dengan kekelatan terpancar di muka mereka. Ada juga yang menang tersenyum lebar. Kesemuanya terpalit hikmah yang indah. Guru-guru juga banyak membantu dan turut sama turun padang dalam beberapa acara menguji minda dan fizikal. 

Azammudin, wakil pemidato B. Melayu Zon 2 untuk ke peringkat pusat, Tahniah! Semoga Berjaya!


Khamis ini bersamaan 13 Februari bakal diadakan Masisupa Peringkat Pusat di POLISAS, Kuantan. Setiap zon bakal menghantar wakil mereka untuk dipertandingkan. Semoga segala aktiviti berjalan dengan lancar dan cemerlang sejajar dengan objektif utama melahirkan insan yang cemerlang dan cerdas dalam kurikulum dan kokurikulum. Sekian.



Read more...

Monday, 11 February 2013

الميزان الصرفي والمشتقات

بأمل الجدول الآتي :


ملاحظات
وزنه
أحرفها الزائدة
أحرفها الأصلية
الكلمة الموزونة
رقم
الفعل الماضي
فَعَلَ
-
ف ت ح
فتح
1
الفعل المضارع
يفعل
الياء
ف ت ح
يفتح
2
المصدر
فَعْلٌ
-
ف ت ح
فَتْحٌ
3
اسم الفاعل
فاعل
الألف
ف ت ح
فاتح
4
اسم المفعول
مفعول
م-و
ف ت ح
مفتوح
5
فعل الأمر
افعل
الألف
ف ت ح
افتح
6
اسم الآلة
مفعال
م-ا
ف ت ح
مفتاح
7
صيغة المبالغة
فعّال
ت-ا
ف ت ح
فتّاح
8
اسمي المكان والزمان
مفْعَلٌ
م
ف ت ح
مِفْتحٌ
9





Read more...

Peminat Laman Ini